Friday, September 20, 2019

RINGKASAN ILMU QIRAAT



ASAS MANHAJ IMAM-IMAM AL-QIRAAT

Slideshow ini membutuhkan JavaScript.

Al-Qiraat memberi maksud satu ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran dan keadaan kalimah-kalimah tersebut seperti panjang dan sebagainya. Ilmu al-Qiraat diasas oleh Imam-Imam Qurra’. Terdapat juga pendapat yang mengatakan ianya diasakan oleh Abu Umar Hafs bin Umar Al-Duri. ILMU Qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan al-Quran dan hukul mempelajari ilmu al-Qiraat adalah fardhu kifayah. Proses pengajaran dan pembelajaran ilmu al-Qiraat ini mestilah diambil secara bertalaqqi dan musyafahah daripada seorang guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. kerana Al-Quran dan al-Qiraat merupakan sunnah Muttaba’ ( yang diikuti ).

Terdapat dua toriq(jalan) yang menjadi panduan utama dalam disiplin ilmu al-Qiraat ini iaitu Toriq al-Syatibi( al-Qiraat Tujuh ) melalui matan حرز الأمانى ووجه التهانى dan Toriq al-Jazari( al-Qirrat sepuluh ) melalui matan طيبة النشر فى القرءات العشر . Toriq al-Syatibi dinamakan dengan الصغرى kerana periwayatan beliau terhadap turuq Qiraat adalah kecil dan sedikit, bermaksud ia tidak menyeluruh dan mendalam terhadap kesemua turuq Qiraat. Sementara toriq al-Jazari pula dinamakan dengan الكبرى kerana periwayatan beliau terhadap Turuq Qiraat adalah menyeluruh dan mencakupi semua Turuq, walaupun terdapat perbezaan diantara kedua-dua Toriq tersebut dari susur periwayatan Turuq masing-masing. Namun kedua-dua Toriq ini adalah betul dan sohih.(ruj: Abd. Jalal A.Manaf:DQ)

Di Malaysia khususnya,kaedah pembelajaran dan pengajaran ilmu tajwid lebih cenderung kepada Toriq al-Syatibi. Umat Islam di Malaysia membaca Qiraat حفص عن عاصم menggunakan Toriq al-Syatibi.

pembahagian Qiraat itu terbahagi kepad beberapa bahagian besar. Imam Ibnu al-Jazari mengkategorikan Qiraat itu kepada lima jenis :

1. Qiraat Mutawatir
Ia itu Qiraat yang diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar dan terselamat dari berlaku sebarang pendustaan, seperti Qiraat yang terdapat dalam Toriq al-Syatibi dan Toriq al-Jazari.

2. Qiraat Masyhur
iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak mencapai tahap mutawatir. Menepati kaedah Bahasa Arab dan membetuli salah satu Mushaf Uthmani, masyhur di kalangan Imam Qurra’ tetapi berlawanan jalan riwayatnya dengan Imam Tujuh dan ada setengahnya tidak.

3. Qiraat Aahad

Iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi menyalahi kaedah Bahasa Arab atau bacaannya tidak masyhur di kalangan Imam Qurra’.

4. Qiraat Syazah

Iaitu Qiraat yang tiada sanadnya.

5. Qiraat Maudhu’

Iaitu Qiraat yang yang direka-reka yang bukan diambil dari Rasulullah s.a.w.
Qiraat Aahad, Qiraat Syaazah dan Qiraat Maudhu’ tidak boleh dibaca kerana ianya bukan dinamakan al-Quran walaupun sanadnya sahih seperti sanad Aahad, tetapi qiraat tersebut tidak terdapat dalam Rasm ‘Uthmani.

ISTILAH-ISTILAH PENTING

1. الصلـة
( صلة هاء الكنية ( ضمير Ia itu memanjangkan Ha’ Dhamir atau kata gantinama misalnya إنه . Jika sebelumnya berbaris hadapan, diwasalkan dengan huruf و . Jika sebelumnya berbaris dibawah diwasalkan dengan ي .

صلة ميم الجمع pula bermaksud memanjangkan mim Jama’, contohnya عليهم/إليكم diwasalkan dengan huruf و seperti terjadi عليهمو/اليكموا .

2. إدغام الكبير
Memasukan huruf yang pertama berbaris kepada huruf yang kedua juga berbaris dengan syarat tertentu, contohnya الرحيم

3. القصر
Menbaca huruf mad dengan kadar 2 harkat sahaja Contoh: ءادم

4. التوسـط
Membaca huruf mad antara mad dan Qasar atau memanjangkan huruf mad dengan kadar 4 harkat sahaja.

5. الإشباع
Memanjangkan suara dengan kadar tidak kurang dari 6 harkat. Contohnya: السماء

6. تثليث البدل
Mad badal boleh dibaca dengan 3 wajah wajah bacaan iaitu dengan 2, 4, dan 6 harkat ( bagi riwayat warsy sahaja ).

7. التسهيل
Menyebut bunyi diantara bunyi huruf Hamzah dan huruf mad. Contoh: ءأنذرتهم

Ketika berbaris di atas : antara Hamzah dan Alif
Ketika berbaris di bawah : antara Hamzah dan Ya’
Ketika berbaris di hadapan : antara Hamzah dan Wau

8. الإبدال
Iaitu diibdalkan( diganti) huruf ء kepada huruf mad menurut harakah sebelumnya. Jika sebelumnya berbaris diatas, diibdalkan kepada huruf ا , jika sebelumnya berbaris di bawah, diibdalkan kepada ي dan jika sebelumnya berbaris di depan, diibdalkan kepada و. Contoh:
يؤمنون / يومنون

9. إسقاط
Mengugurkan. Istilah ini biasanya digunakan pada bab Hamzah, samada Hamzah itu terdiri dari dalam dua kalimah atau dalam satu kalimah. Contoh : أوجاء أحد dibaca أو جا أحد.

10. إدخال
Iaitu memasukan alif ( ا ) antara dua Hamzah yang berbaris di atas, contoh : ءأنذر تهم
dan diantara Hamzah berbaris di atas dan di bawah: أئـــذا

11. نقـل
Iaitu dipindahkan harkat Hamzah kepada huruf sebelumnya, contohnya: من ءامن

12. الفتحـة
Iaitu membunyi huruf diantara Fathah Syadid dan Taqlil.

13. إمالة
Dikenali juga dengan Imalah Kubra iaitu sesuatu bunyi yang terhampir sekali dengan kasrah, contohnya: مجر ــها

14. تقليل
Dikenali juga dengan nama Imalah Sughra iaitu bunyi diantara Fathah dan Imalah.

15. ترقيق
Menipiskan bunyi huruf ra’

16. تفخيم
Menebalkan huruf ra’, contohnya: رسول الله

17. تغليــظ
Khusus untuk huruf Lam sahaja, menebalkan bunyi huruf Lam sebelumnya terdapat huruf isti’la’, contoh: الصلـوة/أظلم

18. الســكـت/سـكـتة
Iaitu memutuskan suara pada huruf bertanda sukun tanpa menarik nafas yang baru.

Ringkasan Imam-Imam Qiraat Dan Perawi-Perawi

Imam Nafi’

Perawi:
1. Qalun
2. Warsy

Imam Ibn Kathir

Perawi:
1. Al-Bazi
2. Qunbul

Imam Abu ‘Amru

Perawi:
1. Al-Duri
2. Al-Susi

Imam Ibn Amir

Perawi:
1. Hisyam
2. Ibn Zakwan

Imam ‘Asim

Perawi:
1. Syu’bah
2. Hafs

Imam Hamzah

Perawi:
1. Khalaf
2. Kallad

Imam Al-Kisaie

Perawi:
1. Abu al-Harith
2. Al-Duri

Imam Qiraat 7

1. Imam Nafi’ al-Madani

Beliau ialah Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Nuaim. Gelaran mashur beliau ‘ Abu Ruaim ‘, berasal dari Asbahani, dilahir pada sekitar tahun 70H. Wafat di Madinah pada tahun 169H. Mempunyai ramai murid. Dua orang daripada mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu: Qalun( meninggal pd tahun 220H ) dan Warsy( meninggal pd tahun 197H).

2. Imam Ibn Kathir al-Makki

Beliau ialah Abdullah bin Kathir al-Makki, Gelaran mashur beliau Abu Ma’bad. Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 45H. Tergolong dalam zaman tabiin dan pernah berjumpa Abdullah bin Zubair, Abu Ayub Al-Ansari dan Anas bin Malik. Meninggal dunia pd tahun 120H di Makkah. Mempunyai ramai murid. Dua orang daripadnya mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu al-Bazi( meninggal pd tahun 250H ) dan Qunbul( meninggal pd tahun 291H ).

3. Imam Abu ‘Amru al-Bashri

Beliau adalah Zabban bin Al-Alaa’ bin Ammar Al-Basri. Dilahirkan di Makkah pada tahun 70H dan meninggal Dunia diKufah pada tahun 145H. Mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya dan terkenal iaitu Al-Duri( meninggal dunia pd tahun 246 )dan al-Susi ( meninggal pd tahun 261H ).

4. Imam Ibn ‘Amir al-Dimasyqi

Beliau adalah Abdullah Ibn Amir Al-Syami Al-Yahsobi. Seorang Qadhi di Damsyik dizaman Khilifah Al-Walid Ibnu Abdul Malik. Beliau merupakan seorang tabiin. Dilahirkan pada tahun 21H dan meninggal dunia di Damsyik pada hari ‘ Asyura ‘ pada tahun 118H. Mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya terkenal iaitu Hisyam( lahir pd tahun 153H dan meninggal dunia pd tahun 245H )dan Ibn Zakwan( lahir pd tahun 173H dan meninggal pd tahun 242H ).

5. Imam ‘Asim al-Kufi

Beliau adalah ‘Asim bin bin Abdullah (Abi al-Najud) binBahdalah al-Asadi dan digelar Abu Bakar. Beliau juga dari kalangan tabiin. Meninggal dunia pd tahun 127H. Mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu Syu’bah( lahir pd tahun 95H dan meninggal pd tahun 193H )dan Hafs( lahir pd tahun 90H dan meninggal dunia pd tahun 180H ).

6. Imam Hamzah

Beliau adalah Hamzah bin Habib bin Ummarah Al-Ziati. dan mendapat gelaran Abu Ummarah. Beliau juga seorang ahli perniagaan yang kuat beribadat dan warak. mempunyai ramai murid dua daripada mereka menjadi perawinya yang mashur iaitu Khalaf ( meninggal dunia pd tahun 229H )dan Khallad( meninggal dunia pd tahun 220H ).

7. Al-Kisa’i

Beliau adalah Abu al-Hassan Ali bin Hamzah dan pakar dalam ilmu nahu. Beliau mendapat gelaran Kisa’i kerana ketika melakukan ihram beliau mengenakan pakaian kebesaran ( kisa ). Dilahirkan pd tahun 119H dan meninggal dunia di Ranbawaih pada tahun 189H. mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu Abu al-Harith ( meninggal pd yg sama 240H) dan Al-Duri ( meninggal dunia pd tahun 246H ).

Rujukan;

– حرز الأمانى ووجه التهانى
– Al-Ustaz Abdul Jalal bin Abd Manaf , 2010. Khulasah Ringkasan Ilmu Qiraat, Darul Quran.
– Al-Ustaz Mohd Nazri, Manhaj Qiraat ‘Asyara. 2010, Darul Quran
– Abu Mardhiyah. Tajwid Al-Quran Qiraat ‘Aasyim, 2004, Perniagaan Normah
S A L A H  K A P R A H

Oleh: Abu Fuhairah az-Zahid

Menuntut ilmu hukumnya wajib bagi setiap muslim, baik laki-laki maupun perempuan. Hal ini senada dengan sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam berikut ini:

طلب العلم فريضة على كل مسلم.

"Menuntut ilmu itu merupakan kewajiban atas setiap muslim". (HR. Ibnu Majah).

Sedarinya menuntut ilmu itu dimulai dari beberapa tahapan dasar hingga expert (ahli). Bak naik tangga, dimulai dari tangga dasar hingga menuju puncaknya. Mulai dari menghafal al-Qur'an hingga menjadi ulama di berbagai bidang disiplin keilmuan.

Dengan meniti tangga dasar keilmuan seorang penuntut ilmu akan digembleng, dibimbing menjadi pribadi-pribadi hebat di masa mendatang. Pribadi yang mumpuni di bidangnya, bukan karbitan. Tangguh dalam menghadapi tantangan zaman. Bijak dalam menghadapi perbedaan pendapat. Santun dalam berbicara dan berkepribadian tawadhu.

Orang yang tidak pernah merasakan pahit getirnya menuntut ilmu, maka ia akan hidup di alam kebodohan. Menjadi pecundang dan pengecut. Hobinya menyalahkan orang lain yang berbeda dengannya. Padahal ia tidak mengetahui pokok permasalahan yang sedang dibicarakan. Sikapnya agresif terhadap ahli ilmu yang berselisih dengannya. Dan senjata andalannya adalah memfitnah orang lain secara membabi buta tanpa klasifikasi terlebih dahulu.

Padahal banyak sekali dalil baik dari al-Qur'an maupun hadis Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam yang mewajibkan seorang muslim untuk menuntut dan menimba ilmu di mana pun berada. Dan tidak ada batasan usia dalam menuntut ilmu.

Sungguh memprihatinkan kondisi para penuntut ilmu hari ini, banyak dari mereka itu salah kaprah dalam memahami suatu permasalahan. Disebabkan ia hanya membaca satu kitab atau berguru hanya kepada satu orang saja. Itupun hanya sekedar ikut dalam kajian umum.

Misalnya, salah kaprah dalam memahami kalimat sunnah. Ia berpikir bahwa sunnah itu hanya satu saja. Yang tidak berlabel sunnah ditinggalkan, dan dihindari karena mengandung syubhat versinya. Hingga akhirnya muncul penyempitan makna kata sunnah itu sendiri. Dan ini berkembang pesat di tengah masyarakat kita hari ini, seperti istilah-istilah berikut ini: ustadz sunnah, ikhwan sunnah, masjid sunnah, sekolah sunnah, kampus sunnah, pengajian sunnah, mobil sunnah, baju dan celana sunnah, hingga merek sabun, yaitu sabun sunnah. Dan masih banyak lagi.

Islam bukanlah agama yang sempit. Jikalau seseorang sudah mengenal dan mengamalkan sunnah, menjadikannya pribadi yang alim, berilmu, dan punya otoritas khusus. Sehingga orang awam yang belum belajar, dianggap ahlu bid'ah semuanya. Karena amalan mereka tidak sesuai sunnah versi mereka. Eits....stop dulu, jangan sampai mengkambing hitamkan sunnah gegara pendek dan dangkalnya pemahaman kita terhadap ilmu.

Makanya tuntutlah ilmu hingga ke negeri orang. Jangan seperti katak berada dalam tempurung. Ia pikir, dunia itu sempit dan selebar daun kelor. Merantaulah ke kitab-kitab karangan para ulama, seperti: kitab Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Musnad Imam Ahmad, al-Muwatha', kitab-kitab Sunan dan lain-lain.

Bertamasyalah ke kitab-kitab fiqh seperti: al-Majmu', al-Umm, al-Mughni, ar-Risalah,  al-Fiqhu 'ala Madzahib al-Arba'ah, Fiqh al-Islam wa Adillatuhu, dan lain sebagainya.

Duduklah dengan kitab-kitab tafsir seperti: Tafsir al-Qur'an al-Karim karya Imam Ibnu Katsir, Tafsir al-Qurthubi, Tafsir ath-Thabari, Mafatihul Ghaib karya ar-Razi, Tafsir al-Jalalain, Tafsir as-Sa'di, dan masih banyak lagi.

Bacalah kitab-kitab sirah nabawiyah, seperti: al-Maghazi, Sirah Ibnu Ishaq, Sirah Ibnu Hisyam, Nurul Yaqin, ar-Rahiq al-Makhtum, Fiqh Sirah, Shahih Sirah Nabawiyah dan masih ada lagi.

Selanjutnya, belajarlah dari filosofi padi. Makin berisi, semakin merunduk. Makin berilmu, semakin tawadhu. Sebab, buah dari ilmu itu adalah amal shalih. Ketahuilah, mengenal sunnah itu seyogyianya menjadikan kita sebagai pribadi yang lemah lembut terhadap orang lain. Bukan sebaliknya, garang dan bengis terhadap sesama muslim dan lemah lembut terhadap orang di luar Islam.

Wallahu A'lam bish-Showab.

Catatan dakwah di pedalaman Aceh, sebagai bahan muhasabah diri penulis.

Banda Aceh.

💎📚💎📚💎📚💎📚💎📚

📲 Yuk share ke yang  lain *tanpa merubah isi artikel dan sumbernya* dan jangan lupa like halaman kami...!

🚿Dan jangan sampai ketinggalan, dengan ikuti jaringan medsos kami untuk mendapatkan artikel dan nasihat yang manfaat.

 •┈┈➖•◈◉✹❒📚❒✹◉◈•➖┈┈•

وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين.

🌍 Di bumi Allah *Kantor bersih.or.id*, Jum'at,  20 Muharram 1441 H.
⁠⁠⁠
🌎www.bersih.or.id
📱Apk: bit.ly/2nzgGlN
🐦twitter.com/BERSIH_TV
📹youtube : bit.ly/2nQkBIm
🖼instagram.com/bersih.tv
🏡 Lokasi : bit.ly/2mOm00e
📪telegram.me/berbaginasihat
🔵facebook.com/programbersih
♻Admin: wa.me/628170889103
📱WA Ikhwan 1: https://bit.ly/2O3xDSy
📱WA Ikhwan 2: https://bit.ly/2xOT5kn
📱WA Akhwat: https://bit.ly/2Dj1thG